Wednesday

Usaha & Ikhtiar Untuk Hamil???

Assalamualaikum...


Memiliki anak pasti adalah impian setiap pasangan yang berumahtangga!!!

Khas untuk adik2 terutamanya yang sudah berumah tangga mungkin sudah lama berusaha tapi belum berhasil dan ternanti2 kehadiran seorang anak sebagai pelengkap hidup suami isteri.


Saya selaku pengguna merangkap pengedar jamu tradisional MWK(owner asalnya)/MAB(diberi jenama baru) dan pengamal tetap ALPHA LIPID LIFELINE malahan pengedar aktif mencadangkan adik2 di luar sana menggunakan kedua2 produk ini sebagai alternatif selain pilihan kaedah2 moden yang ternyata mahal yang boleh didapati di hospital ataupun klinik swasta.

Dari sumber2 yang diteliti plannya lebih kurang sama dan program B***** yang diwar2kan di kaca TV...mereka mencadangkan penggunakan amalan pemakanan tradisi di samping gabungan susu kolostrum untuk lebihkan
kesuburan

Pakej yang direkomenkan sekurang2xnya suami isteri mencuba pengunaan ALPHA LIPID LIFELINE selama 3 BULAN untuk keberkesanan dan jika belum berhasil sambung ke bulan seterusnya untuk menjamin lebih kesuburan dan memperbaiki masalah ketidak seimbangan hormon dalam badan yang mungkin tidak sama pada sesetengah orang dan begitulah seterusnya...manakala maajun HANYA untuk isteri.. untuk MAAJUN anda kena stop terus bila disahkan mengandung manakala adalah suplemen ALPHA LIPID sangat baik diteruskan utk ibu hamil atau berpantang malah sehingga menyusukan bayi!!!

@
Alternatif lain:(Tips ini dari program TANYALAH USTAZ 12 Januari 2012):
-Suami isteri makan 1 genggam kurma yang dikisar dengan susu kambing sekali seumur hidup.
-AMALKAN makan 7 biji kurma setiap pagi juga setiap hari sekurang2xnya setahun.
-Amalkan membaca suran MARYAM(Ayat 1-12) untuk mendapatkan anak yg cantik dan soleh.
-JANGAN makan benda2x masam dalam masa setahun.



Penggunaannya maajun:

MAAJUN:
Amalkan maajun ini sehingga period anda teratur di mana yang jarang2 kedatangan haid amalkan sehingga period datang setiap bulan(yang menandakan kesuburan) barulah hentikan penggunaan,atau haid yang terlalu sedikit atau sekejap...lihat dan tunggu sehingga agak normal bagi setiap wanita 6-7 hari kebiasaanya barulah berhenti.

~UTK PEROID NORMAL BIASANYA MEMERLUKAN 3 BOTOL MWK MANAKALA BAGI YG TIDAK NORMAL KEBIASAANNYA SEHINGGA 6 BOTOL~HARAP MAKLUM!!!

Untuk info cara makan dan kelebihannya yang lain2 boleh klik:
>>>
DISINI!!!

SILA LIHAT TESTIMONI2 HEBAT YG BERIKUT:

1. Lin-
Sebelum ni Lin ambil kaedah IUD selama 4 bulan saja, sbb Lin mengalami infection jd Doktor terpaksa mengeluarkan IUD. Kawan pejabat Lin mengesorkan agar Lin cuba MWK ni.
Alhamdulillah dah masuk 2 tahun Lin makan tiada langsung
terjadinya jangkitan kuman, keputihan dan badan menjadi
lebih bertenaga...(terima kasih MWK)

2.Wati-
Dulu haid wati tak teratur, 1 bulan datang haid 6 bulan tak
datang langsung. Ingatkan mengandung buat test air kencing negetive, pi jumpa Doktor. Doktor bagi ubat hormon untuk menstabilkan hormon badan. Pa lg badan naik macam belon la.
Tapi haid tetap jg tak datang. Wati mula makan MWK ni, tak sampai 1 bulan terus haid datang dengan banyak. Wati terus makan hingga sekarang dah masuk 4 tahun perjalanan haid dah jadi normal dan tak perlu risau lagi.

3. Liza-
Saya selalu mengalami segugut yang teruk sehingga berguling-guling menahan kesakitan. Tapi bila saya mula makan MWK ni sakit segugut saya terus hilang dan badan rasa ringan.

4. Milah-
Ni nak ceta sikit.. dulu cek abang kak milah selalu ja nak hmmm... tapi kak milah ni dah berumur anak pun dah 6 orang, mana larat nak bagi selalu.. badan ni asyik lenguh-lenguh dan sakit urat selalu. Cek abang pa gi mula muka masam mencuka la...Kak milah dok pikiaq la macam mana nak wat. Pi mengurut kat bidan kampung kat Kedah. Bidan tu bagi MWK ni suruh Kak Milah try makan. WOW...2 bulan saja makan MWK ni tenaga menjadi-jadi.. lenguh-lenguh badan hilang... la ni muka cek abang sengih selalu tak monyok macam dulu dah aih..(terima kasih banyak-banyak la kat MWK)

5. Ros-
Dulu i bik pil Noriday pas pantang untuk membantu pengeluaran air susu. Tapi penyakit lain lak datang iaitu keputihan dan kegatalan yang teruk. Pergi jumpa Doktor ambil ubat tapi still gatal lagi. Cerita kat member pejabat syorkan ambil MWK ni.. mula tu ragu-ragu gak.. tapi i try gak makan, tak sampai habis 1 botol masalah keputihan dan kegatalan terus hilang. Sekarang i ambil MWK 100%.

6. Sharifah(testimoni mengandung)-
Saya teringin nak anak, masalahnya perjalanan haid saya tidak teratur. Bila datang period selalu segugut teruk. Dah bermacam kaedah saya cuba tapi tetap sama. Satu hari saya terbaca mengenai MWK ni, saya ambil selama 4 bulan terus haid saya jadi teratur. Saya berhenti makan 2 bulan saja terus saya di sahkan mengandung. Sekarang saya menunggu masa untuk melahirkan saja. Lepas berpantang saya akan sambung ambil MWK semula untuk menyihatkan badan saya ni..

7. Tini-
Dulu mak tini selalu saja sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh sendi. Maklum saja mak tini dah menapous. Tini beli MWK ni bagi mak makan, dalam tempoh 4 bulan mak dah tak alami sakit badan malah tini lihat mak bertenaga dan ceria selalu.

8. Ain-
Ain baru habis pantang dan sedang menyusukan anak. Ain makan MWK ni untuk mengembalikan tenaga Ain, tapi alhamdulillah air susu Ain menjadi bertambah banyak dan kesihatan Ain bertambah baik.

9. Siti-
Adik selalu alami keputihan dan kegatalan. Nak makan ubat yang pelik-pelik takut sbb adik ni masih lom kawin dan baru berumur 19 tahun. Mak adik belikan adik MWK ni untuk merawat keputihan. Adik ambil seperti yang di syorkan iatiu makan sehingga hilang keputihan saja. Dalam tempoh 5 hari makan keputihan dan gatal terus hilang. Adik terus berhenti makan dan simpan jika terjadi lagi masalah keputihan boleh makan semula.



ALPHA LIPID LIFELINE:

Panduan ringkas minum:

Dicadangkan minum 1-2 skop sebelum sarapan pagi(ketika perut masih kosong)pada setiap pagi dan diamalkan oleh suami juga isteri bersama2 setengah jam sebelum bersarapan sekurang2nya.Jika suka atau tidak sempat boleh diakhiri sebelum waktu tidur sekali lagi pada waktu perut kosong juga.



Berikut adalah testimoni seorang isteri dan ibu:
Puan Suriyani, Kota Bharu:

Puan Suriani telah berusaha untuk mendapatkan anak selama 7 tahun. Setelah beliau dan suami beliau mengamalkan
Alpha Lipid ini dalam jangkamasa 3- 4 bulan, dengan izin Dia Yang Maha Esa beliau mengandung dan pertengahan tahun 2007 telah selamat melahirkan anak beliau. Tahniah!


"saya kini mengandung, setelah minum 3 bulan lebih alpha lipid, sudah lama saya inginkan anak baru, anak saya yg terakhir dah umur 7 tahun"



KHASIAT YANG ADA DALAM ALPHA LIPID:



Namun jika anda mempunyai berat badan berlebihan dinasihatkan menggunakan SD2 bersama2 ALPHA LIPID....kerana kemungkinan faktor2 menghidapi PCOS adalah tinggi yang membuatkan anda sukar untuk hamil.

>>>Klik di sini untuk bacaan lanjut tentang BAHAYA PCOS!!!

Boleh klik sini lebih maklumat berkaitan:
>>>Untuk Cara Minum
>>>Ketahui Proses Pemulihan
>>>Khasiat Susu Kolostrum
>>>Testimoni Pengguna


TESTIMONI SD2




Testimoni terbaru dari Brunei(Ref:Fb Hazura)...mula2 minum SD2 utk kurus.. skali bila dah turun berat badan, secara tak lansung dpt mengandung.. penantian 2 org wanita selama 4thn dan 8thn dah berakhir.. hebat sungguh SD2!!!


***************************************************
SILA AMBILPERHATIAN:
Pengunaan sd2 terlebih dahulu sangat bagus utk yg wanita bermasalah obesiti untuk kurangkan berat badan sebelum mengandung kerana kemungkinanan hadapi risiko hadapi
BAHAYA PCOS(sila klik untuk info)!!!


********************
***************************************
INFO KESUBURAN WANITA:

Rujukan:Kredit to EKedai 2u

Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?

Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Waktu subur boleh dikenalpasti sendiri melalui:

Pusingan Haid (menstruasi):

Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Pegeluaran benih akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar).

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan cahaya mata senantiasa merekod tarikh bagi keluaran haid dalam buku catatan khas - yang mengandungi carta suhu badan.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

Catatan Suhu Badan:

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:

Ujian Darah:

Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

Ujian D & C:

Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.

Pemeriksaan Fizikal:

Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:
  1. Buah dada
  2. Kilang tiroid pada leher
  3. Sistem peranakan

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

Pemeriksaan Laparoskopi:

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray):

Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.

Semoga tulisan bulan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda berhubung dengan anda dan kesuburan.


Best Regard:
~Hasira/013-6406625
~Emel:sirasain_homebiz@yahoo.com
Blog:http://alphalipid-powerbiz.blogspot.com

Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home