Friday

Cerita i-fest


Kenangan berniaga sama2 ngan adik2 WNC...Cik Sue(tokei blouse) & Yati(tokei jubah,tudung..jahit sendiri u!!!)

Lama tidak menulis sesuatu..sejak selesai tugas menjaga booth 2 hari berturut2....kesihatan agak teruk kerana demam sehari sebelum bertugas...apa lagi di tempat beraircond...mulalah menjadi2...suara pun dah serak2 hilang..bukan lagi serak2 basah..uhuhu.

Tinggalkan cerita sakit demam..pengalaman kali pertama..ini yg boleh kukatakan...bukan senang nak senang nak dan bukan susah hendak susah. Memang nampak senang orang berjualan...ada gerai..ada kedai...kita pun mula memasang angan2 kononnys...tapi cerita disebaliknya banyak yg tersirat melainkan kita rasai sendiri...membezakan realiti antara berniaga online yang banyak beza dengan offline.

Persediaan bila membuka booth memang perlu teliti..apalagi melibatkan produk fizikal..apa barang yg hendak dibawa,cara dipamerkan tentunya bergantung kepada ruang yg ada..kalau tak disenaraikan..boleh tertinggal...duit tukaran,beg plastik yg sesuai untuk pelanggan...kalau online tak perlu pening2 nak menyediakan...itu salah satunya.

Laku ke barang..satu lagi persoalan...memang untung rugi menjadi persoalan utama...tapi memang kuniatkan dihati semata2 nak mencari pengalaman...dengan bermodalkan RM150 hasil untung berniaga...berkongsi ramai2 di bawah satu forum... memberi platform untuk kami mencari ruang perniagaan...pengalaman sudah tentu.

Alhamdulillah barang terjual juga walau tak seperti yg diharapkan...bracelet,tudung Ekin,hair aksesori anak2,beg mengkuang....walau tidak balik modal...tapi itulah bukan senang nak senang...namun yg penting pengalaman tidak akan dapat dari mana2 melainkan kita rasai sendiri..melihat kawan2..kakak2,adik2 yg masih muda...cekal hati,pandai,bijak berniaga..seronok dihati ingin mencontohi mereka.

Banyak yg kupelajari sebenarnya secara tak langsung..melihat booth yg menarik konsepnya,idea baru pastinya untuk akan datang..kelemahan yg perlu kuperbaiki. Itupun tidak berkesempatan melihat...meninjau lebih detail....mencari2 untuk ruang perniagaan akan datang. Cara menarik pelanggan juga penting....jangan beratkan mulut...hilangkan tebal malu 1,2 atau 10 inci..hehehe.

Itulah serba sedikit cerita niaga yg telah kudapat rasai sendiri berniaga walau sekejap cuma....ternyata..bukan senang hendak senang dalam dunia perniagaan yg memang ku masih cetek ilmu niaga ini...yang penting ilmu kita mahu cari walau di mana2 pun dengan apa cara sekalipun!!!

Terima kasih untuk semua yg menjayakan i-fest terutama CEO yg membuka peluang...kawan2 seforum yg mencuba nasib berniaga offline...sebelum ini kami berniaga online....kini dah dapat ku bertentang mata..Cik Sue,Yati,Zatul,Kak Salha,Aida,Lina,Azza,Linda...cuma dengan CEO WanitaNiaga...takde rezeki pulak kali ini..sejak pulang dari Jepun belum ketemuan lagi..kali terakhir di Masjid Kobe..kami berayat2 cinta..ngehngeh!!!

Perjalanan yg masih jauh bagiku meneroka dunia bisnes...ada rezeki boleh cari pengalaman di tempat lain pula.

Labels: ,

1 Comments:

At 5:27:00 PM , Blogger zana @ ros hassan said...

cayalah ha....respek sama ha ...siap buka booth lagik. kental semangat ha tu. ganbatte ne. meniaga tak terus2 maju dan untung...pelan2 membina tapak. jgn serik...cewah2 cam bgs bagi advise hahaha...bukan apa cuma berkongsip pendapat je.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home